seismik

Takut Diganggu Makhluk Halus, Pelajar Tak Berani Sign Attendance Kawan Yang Ponteng Kelas!

Jangan tanda tangan bagi pihak kawan!

Cover image via Twitter @nodrohzomono Twitter @hyynabdllh Dream

Buat yang pernah menuntut di matrikulasi atau universiti awam pasti sudah biasa melihat sistem sign attendance samada di kelas mahupun dewan kuliah

Dan sudah menjadi lumrah bergelar mahasiswa, akan ada hari-hari dimana kita pasti berasa malas untuk menghadiri kelas ataupun kuliah.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via USM

Bila sudah malas itu, mulalah kita meminta tolong rakan sekelas kita untuk menandatangani nama bagi pihak kita dalam senarai kehadiran kelas.

Ada sesetengah orang itu yang dari awal sehinggalah ke akhir tempoh pengajian memang tidak pernah 'terkantoi' tidak hadir ke kelas. Jika itu yang berlaku, kiranya memang betul-betul bertuah tuan punya badan kerana ada rakan yang tak kisah melakukan 'kerja kotor' itu.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Twitter @nodrohzomono

Apa-apa pun, sememangnya itu adalah antara perkara yang akan menjadi kenangan bergelar seorang mahasiswa. Bila sudah masuk ke alam pekerjaan, there's no such thing dah sistem 'sign attendance' ni!

Walau bagaimanapun, seorang pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempunyai cara yang kreatif bagi mengelakkan trend tandatangan bagi pihak kawan ini daripada berlaku

Baru-baru ini, menerusi laman Twitter, seorang pemuda telah berkongsikan satu rakaman menjelaskan mengapa dia tidak berani untuk menandatangani senarai kehadiran kelas bagi pihak kawannya.

Manakan tidak, dalam video berdurasi 10 saat itu, pensyarah kelas itu yang digelar Sir Zam telah menggunakan kulit buku yang mirip seperti majalah mistikal, Mastika, beserta dengan penggunaan gambar ilustrasi yang ternyata mengerikan serta dengan tajuk-tajuk yang boleh tahan 'makan dalam'.

Tidak hairanlah tak ada yang berani tanda tangankan kehadiran kelas bagi pihak kawan!

Susulan tularnya video itu, rata-rata warganet berasa terhibur serta memuji cara Sir Zam memastikan pelajar-pelajarnya hadirkan diri ke kelas.

Ada juga warganet berkongsikan pengalaman mereka menjadi 'tukang sign' dan 'tukang suruh orang sign-kan' di universiti masing-masing.

Antara komen menarik yang ditulis warganet:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Leave a comment